? ??????????????Live, Love, Laugh? ????? ?? ???Rating: 4.6 (16 Ratings)??14016 Grabs Today. 37570 Total Gr
abs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????So Glamorous? ????? ?? ???Rating: 4.5 (134 Ratings)??12588 Grabs Today. 50776 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1 BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, January 22, 2009

Entah kenapa dengan aku

Haha.I'm back.Dah lama tak membebel kat sini.Asyik membebel dengan kawan je.Sekarang kat sini pulak.
Aku tak tau apa aku nak cerita.Blank.Aku nak cerita apa ye?Sekolah aku?(Boring)Rumah aku?(Macam kapal karam)Adik-adik aku?(Tak nak la)Aku?(Mesti boring).
Aku dapat idea.
Hari sabtu ni aku pergi Melaka.Cuti-cuti Malaysia.Haha.Tak pernah pergi lagi.BTW,pergaduhan aku dengan budak yang aku laknat tu tak habis lagi.Sebab dia tu unforgiveable.Buat aku sakit hati tahap rentung terbakar.

Sunday, January 18, 2009

Hidup aku

Hari tu aku bukak friendster sebab nak tengok page abg sedare aku yang dok kat Indon tu..Saje nak tengok gambar dia kat sana..Lepas tu,aku search la ex student sekolah aku..Kebanyakannya dah masuk universiti..Tiba-tiba,aku rasa sayu sangat..Aku dah 16 tahun..Lagi tinggal 1 tahun lebih je zaman sekolah aku nak habis..Tak lama lagi,semua orang ikut haluan masing-masing..Rasa sedih sangat..1 tahun lebih tu bukannya lama sangat..Aku sendiri dah jadi budak sekolah menengah ni dalam 3 tahun lebih kot..Bila dah habis sekolah menengah..dah tak ada zaman boleh melompat-lompat depan orang ramai,dah tak boleh nak gelak berterabur,aku dah tak boleh gaduh ngan jerit-jerit kat budak lelaki..Kira semuanya kena jaga..

Aku selalu sound Hafiz,Wan,Qayyum,Mujahid..Boleh kata majoriti budak form 4 tahun ni la..Rasa macam tak syok pulak kalau tak marah-marah budak yang aku sebut tu..Hafiz dengan cara annoying dia yang boleh sakitkan hati aku..Wan dengan cara dia yang memang aku rasa boleh rentung satu badan aku..Qayyum dengan cara dia yang suka sangat usik aku..Mujahid pulak aku rasa aku tak ingat apa yang dia buat kat aku..Sebab dah lama..Masa awal tahun lepas camtu la..

Boleh kata aku dengan diorang memang ada sejarah pahit..Asyik gaduh je..Masing-masing tak nak mengalah..Yela,aku sorang je perempuan yang lawan dengan lelaki..Takkan aku nak tunjuk kat diorang yang perempuan ni lemah..Lagipun,perangai aku dari dulu memang dah camni..Badi duduk taska dengan budak-budak laki yang gila2..Haha

Friday, January 16, 2009

Kuala Lumpur

Petang tadi pergi beli buku kat KL..Lepak jap kat sana..Mata aku melilau la kiri kanan..Saja buat camtu..Tapi peliklah..Selalunya aku lepak KL,tak ramai budak-budak street kat situ..Tiba-tiba hari ni ada pulak..Lantak la..Hidup diorang..Janji aku tak kacau.Aku pergi beli buku rujukan..Berat gila nak mampus..Apaperpun buku aku dah dibeli..Ada benda nak rujuk nanti

Thursday, January 15, 2009

Adik-adik aku


Diorang tiga ni orang yang paling aku sayang kat Walaupun tiga2 ni degil nak mampus..Apaper pun diorang tetap adik aku sampai mati..Sape2 yang berani nak luku 3 orang budak ni..over my dead body first..



Wednesday, January 14, 2009

Ngantuk

Uh,malam2 camni memang sejuk..Tapi aku nak jugak menyibuk kat blog ni..Hehe..Mata pun dah start kuyu ni..Kerja belum siap lagi..Aku nak tidur pukul 2 pagi lagilah..

Memang tension kepala otak dengan syllabus baru ni..Baru masuk form 4 dah kena mula belajar format SPM..Gempak sape2 yang boleh tahan..Aku sendiri x thn..=D..

Tadi adik aku call rumah..MIntak buku,kamus n pen..Baru nak mintak sekarang..Minggu lepas x nak mintak pulak..Macam2 budak tu..

Whai I feel right now

Aku tak pernah kacau sesape kat dunia ni..Diorang yang kacau aku..Mamat laknat yang tak betul bila jumpa aku tu cuma nak balas dendam dengan ape yang mak aku buat..Kenapa pulak aku tak patut marah?Dia cerita dengan semua orang yang dia nak ludah atas kepala mak aku..CERITA KAT SEMUA ORANG PASAL TU..Habis tu,tak kan nak senyap?Bila aku cuba nak baik2 ngan dia(Yela,jiran aku)..Dia yang cuba carik pasal dengan aku..Bila aku senyap,aku tak tegur dia,tak sindir dia..Dia yang sindir aku..Family aku pun terlibat gak dalam sindiran dia tu..Aku nak buat apa lagi selain daripada balas balik apa yang dia buat tu?Kalau 10 kali buat tak apa la,aku boleh takat sindir2 dia..Tapi aku dah tak boleh kira berapa kali dah dia buat macam ni kat aku..Ni bukan selfish,tapi jaga hak masing2..

Tuesday, January 13, 2009

blogger

This is life..Aku bagi nama blog ni this is life sebab semua benda yang kita buat ada berkaitan dengan hidup kita sendiri..(Aku dah ada gaya A.Samad Said pulak)..Masalah aku,cara aku,perbuatan aku semuanye termasuk dalam definisi life tu..(Walaupun kadang2 aku cakap aku ni tak ada life..Sewel kan?

Sekolah

Memang penat gile la hari ni..Rasa tulang blkg ni mcm nk bengkok dah..Semalam aku tidur pukul 2 pagi siapkan kerja BM(aku tak tau nk taip Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia) dengan Add Math..Petala betul..Bengong aku kena badi Add Math..Susah gile nak mampus..Tapi bila nak dekat-dekat siap Add Math,barulah terasa Add Math tu macam piece of cake je..Bukannye susah sgt pun..Aku je yang pikir bukan-bukan..X nak pikir yang bukan2 dah..Nehi never..


Kali ni aku cerita pasal laki bukan cintan-cintun ye..Tapi pasal sorang budak laki tak betul kat kelas B..Ada ke patut halau aku keluar dari kelas dia?dia lenggang kangkung masuk kelas aku x ape pulak?Aku bengang gile dengan mamat tu..Rasa macam nak cekik dia je..


Susah aku nak lepaskan laptop ni sekarang..My Acer maaa...Mana boleh lepaskan..Too hard 4 me to say no..My notebook,my love..Ah,dah bengong

Monday, January 12, 2009

Aku gile dengan notebook

Hari ni aku dapat laptop kesayangan aku..I love you,My Acer..Sure overdose ni..Haha..Memang Pak cik Mahathir rock la..Semua benda yang sebelum ni x de dalam aku punye laptop,at last ade org download kn..hahahoho(evil laugh)..

BTW,this time aku janji aku malas nak sebut pasal lelaki..Kalau aku sebut lagi,korang yang rajin2 ni balinglah kuali terbang ke rumah aku..Biar kena kepala aku ni..hehe


Aku ni form4 lepak habis-habisan..Macam honeymoon pulak..Like now la,member2 lain buat kerja add math..aku buat bodoh depan PC ni..Memang kepala aku ni bengong betul..Tak boleh bezakan antara siapkan kerja dengan lepak..Haha