? ??????????????Live, Love, Laugh? ????? ?? ???Rating: 4.6 (16 Ratings)??14016 Grabs Today. 37570 Total Gr
abs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????So Glamorous? ????? ?? ???Rating: 4.5 (134 Ratings)??12588 Grabs Today. 50776 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1 BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, March 30, 2009

Drama BI

Semalam ada latihan drama BI.Last minute buat.Budak-budak ramai tak nak bagi kerjasama.Tu la yang aku rasa macam nak pelangkung dengan periuk semalam.Agaknya sebab tajuk dia Snow White and 7 Dwarfs.Teacher nak buat genre komedi.
Malas aku nak ingat.Lusa pengetua nak tengok.Nasiblah budak-budak tu nak berlakon macam mana.Aku lepak je.Aku jaga lagu.Nak meniarap ke,merangkak,ke.Terpulang.Aku ada tolong gak.Tolong tengok.
Semalam ada la budak-budak ni nak guna laptop.Mentang-mentang aku bawak celcom broadband.Budak-budak nak ketuk guna internet.Kureng betul.
Benda yang aku ingat sampai hari ni.Semalam Mirza duduk atas meja mengadap pentas tengah pegang laptop,aku pulak duduk atas pentas sebelah dia mengadap pokok.Entah la,cara kitorang duduk tu macam aku tengah duduk dengan ayah aku.Bapak aku selalu duduk atas sofa pegang laptop,aku pulak dok bawah.Sama kan?Bezanya,Mirza layan aku cot-cet-cot-cet.Aku tanya dia,dia jawab.Kira mamat tu macam penyabar habisan.Bapak aku lain,aku tanya.Bapak aku senyap.Suruh aku pikir sendiri.Mirza pulak jawab je.Macam best je kalau borak dengan dia.
Dulu,mati-mati aku ingat dia tu gay.Yela,pakai subang sebelah telinga.Mana la aku tak ingat camtu.Tambah lagi dia rapat dengan Syafiq.Lagi la otak aku tambah cerita.Betulla tu.Alih-alih,bila aku rapat dengan dia.Agak-agak apa orang cakap?Couple?Nauzubillah min zalik.Minta dijauhkan.

Saturday, March 28, 2009

60 Earth Hour

Tadi tutup lampu satu rumah.Kononnya sokong sangat la 60 Earth Hour tu.Apaper pun,kitorang dah buat.Gelap gila kawasan rumah aku.Tapi slack ada lampu jalan dowh.Tak cantik.Aku nak ambik video pun tak jadi.
Aku rasa bila tutup lampu lepas tu lepak kat luar ramai-ramai,rasa macam ikatan famili tu lagi kuat.Sempat la jugak aku sambar gitar.Kut bosan.Yang paling lawak,aku pasang mp4 and pasang lagu Bunkface-Situasi.Lepas tu,aku dengan adik aku yang 4 tahun tu melalak macam orang gila.Nasib rumah depan tak ada orang.Yang sampai buat aku tak tahan gelak,dia sambut lagu yang pitching kena tinggi.Sekali dengan tangan dia angkat-angkat sekali.Oh,my..Lawak gila masa tu.Memang la,ikatan famili lagi kuat kalau kita tak bergantung dengan benda lain.Slack Aiman tak ada,dok asrama.Aku pun tak tahu sama ada sekolah dia off kan lampu ke tak.Kalau off,sure ramai pergi fly dengan kejar nyamuk(kejar nyamuk dengan asap rokok.Eheh)

Friday, March 20, 2009

Best

Tadi aku bukak youtube.Dengar lagu Yusuf Islam.I Look,I Look,I See.Best gila.Aku nak masukkan dalam blog ni,taleyh plak.Best....Haha.Adik aku yang kecik tu menyanyi jugak.Kepala goyang-goyang sekali.Comel.Cuti ni tak buat apaper.Dok rumah,bina badan.Eheh

Wednesday, March 18, 2009

Cuti

Cuti boring gila.Macam ntapaper.Dok rumah,buka internet je kerja aku.Makan tu ada lagi la.Lepas tu,tadi ada latihan drama.Eh,eh.Siot gila bila batalkan last minute.Aku dah semangat nak menyibuk.Last-last,batal.Macam siot je kepala otak orang yang batalkan tu.

Thursday, March 12, 2009

Semalam

Lawan drama dah habis.Kelas aku dapat nombor 1 siot.

Tuesday, March 10, 2009

Macam Mana Aku Rasa Bila Korang Buat Aku Macam Ni?

Kenapa balik-balik orang suka kaitkan aku dengan kerja bapak aku?Aku dah penat nak dengar.Aku dah muak.Diorang ingat kalau bapak aku gaji besar,bapak aku nak sponsor macam-macam la?Wrong words of choice.
Aku tak suka diorang sebut "bapak kau cop duit".Cop duit?Aku penat.Stop la.Tadi ustazah cakap kat aku "betul,towkey bank?''.Ingat aku suka bila aku buat gelak terpaksa tu?Tak.Aku tak pernah suka.Sikit pun tak.
Aku tak boleh marah orang.Tapi orang boleh marah aku.Bila orang kutuk aku sampai kawan dia cakap macam-macam pasal aku,aku tak boleh marah dia ke?Aku kena senyum ke sampai orang cakap aku ni pentingkan sejantina sahaja?Aku tak pernah macam tu.Aku cakap benda yang aku nampak DEPAN mata.And bila aku marah dia.Dia cakap dia terasa.Say what?Sepatutnya siapa?
Lagi satu,aku tak boleh kutuk orang lelaki tapi dia boleh kutuk orang perempuan?Masa dia marah-marah pasal kena hentam dengan budak perempuan kat aku,aku sedih sangat.Masa tu adik aku tengah sakit.Aku pulak on the way balik rumah dari hospital lepas jenguk dia.Entah kenapa hari tu aku betul-betul jadi penyabar.Aku biarkan dia marah budak tu,marah aku.Dia cakap sorry senang sangat.Aku sampai sekarang tak boleh terima tapi aku buat-buat terima.
Orang yang buat aku tak mintak maaf betul-betul dengan aku.Cuma dok menulis kat blog "aku bersalah''.Itu je?

Drama Sekolah

Hari ni drama kat sekolah.Form 4 je yang masuk.Form lain tak masuk.Sesi petang aku tatau.Aku tak masuk berlakon la.Aku buat kerja belakang tabir je.Masa nak sebut belakang tabir,nak je lidah aku ni sebut belakang takbir.Wakaka.Kelas aku buat drama Bayan Yang Tidak Mendengar Kata Ibu Bapanya.Berterabur sikit la jugak.Apaper pun,masuk saringan lol.Eheh.
Kelas 4 Cekal buat drama Serunai Malam.Adu...Nak tergolek aku masa tengok drama tu.Banyak gila jiwang."Aku cintai kamu" la,"I" "you" la.Sikit punya baik port betul-betul depan pentas,terus aku pergi belakang sekali.Tak sanggup aku dengar perkataan yang boleh buat aku jadi ayam golek.Kelas 4 Dinamik best bila part bomoh ni.Bomoh gila punya lawak.Penunggu dari planet Marikh siot.Haha.Aku hampir nak gelak guling on the spot je kat situ.
Lepas habis drama,aku nak lipat kain yang budak-budak guna untuk part nak tangkap bayan.Yang aku tak tahan.Luqman one big hella full of taik otak.Taik otak means open minded dengan pergaulan bebas.Rasa benda tu betul tak?Aku rasa TAK.Ada ke waktu nak dah nak dekat habis lipat and nak lipat bahagian hujung,aku nak elakkan tersentuh kulit dia cakap open minded la sikit.Nak je aku bungkus dia jadi jenazah pakai kain tu.