? ??????????????Live, Love, Laugh? ????? ?? ???Rating: 4.6 (16 Ratings)??14016 Grabs Today. 37570 Total Gr
abs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????So Glamorous? ????? ?? ???Rating: 4.5 (134 Ratings)??12588 Grabs Today. 50776 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1 BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, November 1, 2009

Sungguh Aku Rindu...

Sekarang ni aku tak boleh tengok benda lama..macam wayang hitam-putih, gambar rumah lama aku, komputer yang last time guna masa kat rumah aku tiba-tiba nak guna hari ni, jiran lama aku[mak aku cakap tahun depan nak lawat diorang kat Perlis], kawan-kawan yang dok ramai berkepuk kat Myspace adik aku..
Sungguh aku cakap aku rindu semua benda tu.. But yang pelik juga, bila aku tengok benda-benda lama ni..Aku akan terfikir pasal future..Talk about future, aku tatau macam mana nak struggle nanti..Aku tak kuat macam orang lain..Semua aku depends dengan parents aku..
Aku ada kenal la sorang budak ni..He's Bruneian.. Then pindah ke luar negara nak kejar cita-cita dia..Sekarang ni dah empat tahun dia kat sana..He's success! Dah hidup selesa, dapat buat apa yang dia nak.. Aku? Another 9-10 years boleh cakap la.. Tak boleh aku nak fikir jauh-jauh.. Sebab makin aku jauh, makin melalut aku fikir..
Cuba bayangkan, budak yang belum jejak 16 tahun fikir pasal kahwin! Diulangi sekali lagi, KAHWIN! Wahaha, buat gelak tak cukup nafas je. Betul la kepala dah tak betul..

Friday, October 2, 2009

Takut

Perasaan takut tu terjadi bila some kind of hormone liquid reach to the brain..Aku tak ingat la mana satu part otak tu..Nama hormone liquid tu pun aku tak ingat..Ni nak kena study lagi nih..
Okey, aku start cerita dulu..
Aku takut nak jadi dewasa..Benda ni jadi masa aku tengok Martha Stewart Show..Tau je la kan tu rancangan untuk orang yang dah kahwin, dah dewasa...Aku pulak yang remaja ni pergi tengok..
Betul la, aku tak nak membesar..Nak je duduk bawah ketiak mak..Takut la nak keluar tengok semua benda..

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin


Monday, September 14, 2009

Pelangi


Sebenarnya, dah lama aku beli novel ni..Tak pernah terlintas dalam kepala aku nak bagi tau apa isi dalam novel ni kat orang..Selalu aku fikir, kalau nak tau sangat, beli dan baca je la..Tak payah nak sibuk-sibuk tanya orang...Okay, enough of merepek...
Cerita pertama: Pelangi karya Syud
Masa mula-mula baca cerita ni, aku agak macam boring la pulak sebab sebelum ni aku tak minat dengan karya Syud..Tapi bila dah selak-selak sampai kat tengah cerita, rasa macam tak nak bergerak dari buku tu pulak..
Cerita ni pasal hal suami isteri..Tau la kan kalau orang kahwin tak sah kalau tak ada konflik..But yang paling buat aku kagum, watak Iman tu..Punya bersabar sangat-sangat..Kalau aku dengar sebelah pihak je cakap, memang awal-awal lagi aku dah pack barang keluar dari rumah tu. Rasa macam ni ke yang orang kahwin kena face...
Itu, no comment la ye.
Korang nak tahu konflik dia apa? Ha, beli la buku Pelangi ni..Memang sure tak rugi.
Cerita kedua: Ked's Story karya Hlovate
Dulu aku dah pernah baca cerita cerita Ked ni kat blog penulis tapi tersekat-sekat sebab Hlovate banyak delete kan. Dia cakap ramai sangat orang cilok cerita dia..Okey, apaper je la..Cerita ni aku suka bab skate je..Ahaha..Sambil-sambil tu, dok selak-selak lagu yang Hlovate letak dalam cerita ni..Nasib baik lagu yang dia masukkan tu aku dah ada banyak..
Cerita ni pasal Ked, budak skate..Aku pun macam nak terjojol biji mata tengok sebijik-sebijik Hlovate terangkan pasal skate ni..Perfect gila..Aku pun dok terfikir.."eh, Hlovate ni budak street ke?" Sudah! Aku ni dah banyak melencong pulak. Berbalik kat cerita dia ni..
Ditakdirkan la ada sorang budak perempuan ni tertumpahkan sos spageti kat atas skateboard dia..Korang bayangkan, seksa tak kalau benda baru yang kita belum rasmikan ada orang dah tolong rasmikan? Seksa gila nak mampusy! Then, memang si Ked tu panas tahap menggelegak la.. And yang buat aku gelak bila dia ingat orang yang pakai baju kurung ni budak FELDA.. ades! entah apa-apa je..Aku pakai baju kurung apa? Lepas tu, budak perempuan tu gantikan dengan skateboard baru! Atkins lol! Argh! Aku pun nak.
Then, selebihnya...Baca sendiri la weh
Cerita ketiga: Rumah Kecil di Ujung Padang karya Noor Suraya
Cerita ni orang cakap agak banyak sangat berkias dan bahasa terlalu tinggi..Tapi kenapa aku yang rock ni boleh baca je? Boleh je gelak sorang-sorang baca cerita ni.. Ceritanya pasal Durrah yang kecewa tahap tak hengat dengan abang angkatnya. Beria-ia dok janji nak setia..Last-last, janji tinggal janji je..Dia kahwin dengan orang lain..Okey, part tu memang aku geram..Lepas tu, dia pergi jumpa ayah dia kat tanah seberang..Dia tak pernah jumpa ayah dia pun..Kira tu first time la..
Kat sana, dia banyak belajar..Banyak belajar berdikari, belajar hidup, belajar nak jadi kuat...
Dan...
Eh! Korang baca la sendiri...
p/s: Aku ni memang teruk kalau dalam bab-bab komen..Mak aku pernah tanya pendapat aku pasal tudung dengan baju dia and aku cakap hmm je.. Aku mana la tau nak komen apa.

Isu pasal Aliff Aziz


Salam..

Firstly, anggap la ini hanya apa yang ada kat dalam otak aku..Mungkin betul atau tidak, aku serahkan kat Allah..

Okey, cerita dia macam ni...Mak aku pernah cerita kat aku yang kitorang ramai saudara kat Singapura...And then mak aku pernah beritahu yang mak aku pernah tengok gambar bapak Aliff Aziz dan rasa macam bapak dia tu salah seorang saudara aku...

Aku yang dengar tu start berkobar-kobarlah.. Cuba carik gambar bapak si Aliff tu..Ye ke saudara kitorang? Aku tak jumpa..Semangat sih waktu tu nak mencari...

Lepas tu, aku dah buat tak layan...Malas nak ambil tahu..Kalau kitorang saudara pun, biarlah saudara..Macam aku tak kacau kau dan kau takkan kacau aku..

Lepas tu, semalam Hari Ahad aku baca paper...Uish, terkejut sangat aku tengok artikel yang dia cium perempuan... What the?!

Walaupun aku tak tahu yang kitorang ni saudara ke tak, tapi ada rasa sikit sedih la jugak..Apa la mak dengan bapak dia rasa bila tahu pasal ni? Kalau aku buat macam tu, aku memang dah kena flying kick paling kurang lapan puluh das lepas tu kena tampar macam kena tembak dengan M16...Gila tak gila..Tak tau la bapak dia buat macam mana pulak..

And sebagai orang Islam, aku sendiri pun sedih..Apa nak jadi dengan dunia dah? Aku beria-ia dok berjuang boikot la Israel, boikot la couple, boikot la orang yang melakukan mungkar kepada Allah..Tapi ni? Entah la, tak tahu kenapa aku rasa macam sedih sangat-sangat? Mungkin aku terlalu beria-ia nak dia jadi saudara aku sampai kat tahap ni aku dah terkelu sangat.

Entah la, aku malas nak komen..


Assalamualaikum

Sunday, September 13, 2009

Today

Aku marah!
Aku bengang!
Aku rasa macam nak tembak orang!

Orang tak tahu ke aku sanggup berjaga malam-malam sebab nak buat benda tu then dia cakap 'u punya kerja sama dengan orang lain la'... Mana tak naik serombong asap aku weyh... Berasap-asap dah telinga aku...
Walaweyh, kalau nak baca, baca la weh..Aku tak kisah..Tapi kalau 'no offense, okay?' Then, bla...bla...bla... Hey, ada rasa macam nak bagi penampar sedas kat orang tu tak? Kalau boleh, aku nak bayangkan dia tu macam tilam yang ada spring tu then aku lompat-lompat atas dia lepas tu buat tumbukan maut kat atas tilam tu.

Friday, September 11, 2009

Nak Habaq Sikit

Salam..
Deyh, Qayyum..
Hari Isnin nanti..I'll give u my e-novel link..But there's gonna be a warning for you..Kalau kau kecoh itu aku yang punya..Aku cekik kau sampai putus nafas sampai kau melutut mintak maaf dengan aku..Haha..Kejam gila aku ni..
Another part, happy deyh..Eh tak, biasa je..
Esok bukak puasa kat Putrajaya..Aku tatau nak pakai baju kurung atau jeans and tee..Nampaknya, hantam je la..

Friday, September 4, 2009

Bla..Babbling

Wonder why.. I say yes..
Aku lupa ni lirik lagu mana.. Tapi daripada tadi lagu ni je ada dalam kepala aku...
But hey, who cares rite?
Aa.. pening deyh ary ni.. Oversleep..Tak ingat dunia..Tapi bukan waktu siang la, waktu malam kot.. Entah la..Aku pun dah tak ingat..Haha

Tuesday, August 18, 2009

Kacau!

Sejak dua menjak kepala aku semakin dah tak betul..Tatau kenapa..Masalah personaliti kut..Tapi yang pasti, aku memang tengah serabut sekarang ni..Kenapa remaja mesti ada konflik ea? Penat la macam ni..Kejap nak jadi macam tu, kejap nak jadi macam ni..Aku pun penat tahap gaban kalau asyik fikir macam tu..

Aku penat sangat sekarang ni..Biology, Chemistry, Physics, Add Math datang berjela-jela tahap tak hengat..Penat gila! Tambah dengan kerja tusyen lagi..Aku bukan apa..Aku siapkan kerja tusyen tu pun sebab tahun lepas cikgu tusyen pernah buat aku nangis sebab aku tak siapkan kerja dia bagi..Siapa tak sedih kalau kena marah? Tersentap aku..Tapi aku nangis tu bukan depan dia la..Apa gila aku nak nangis depan orang laki? Aku nangis dalam bilik air..Siap hentak-hentak gayung kat baldi..*Protes tuh* Haha. Poyo jek..

Monday, August 17, 2009

Problem maksudnya masalah

Aku ada masalah..Aku memang ada masalah.. Sampai naik kembang laluan darah kat kepala aku..Cara aku nak lepas semua benda ni..Aku cari Korn, cari Cradle of Filth, cari Butterfingers, cari Metallica..Aku tau kalau nak berubah, jangan la dengar lagu tu lagi dah.. Tapi aku tak tahu nak buat macam mana lagi.. Daripada aku telan Coke dengan lapan papan Panadol, lebih baik aku dengar lagu macam tu je..Member pun dah bising sebab aku selalu dengar lagu spesies macam tu..Tapi aku nak buat macam mana lagi?

Ini aku

Aku baca blog dia sekali lagi..Dan kali ni aku rasa kesian kat dia. Banyak yang dia kena..Tapi kan kalau orang yang banyak bersabar ni banyak hikmahnya..Mana tau kot-kot, kat dunia ni susah je selalu..Nanti kat akhirat, straight terus masuk syurga..Aku doakan!
Aku macam biasa..Always busy..Busy dengan sekolah..Busy dengan kerja lagi satu..Ni pun dah terasa nak lentok kepala atas meja je lepas tu terus tidur.. Tapi aku tahu ada orang lagi penat daripada aku..
Semalam aku bukak youtube, aku layan cerita Hannah Montana The Movie.. Best cerita tu..Tengok la..Banyak kesedaran.. Salah satunya, JANGAN MENIPU ORANG! Haha...Tak boleh bla!
Blog ni ada la aku kira dalam dua tiga kerat orang baca..Satu peringatan untuk diorang! Jangan nak perlekehkan aku bila kita jumpa sebab blog ni aku taip ikut apa aku rasa..Kalau aku cakap, aku nak jadi doktor..IT'S UP TO ME! Tak payah nak cakap aku ni tak ada keupayaan nak jadi doktor..Jangan judge aku sebab aku ni kasar, takut orang yang aku rawat tu mati.. Jangan ingat aku ni kuat jerit, patient aku akan pekak...Jangan ingat aku ni simple, serabut dan suka main hentam bila buat kerja, patient aku punya jahitan kat badan tak betul..It's just me! Korang tu belum tentu lagi tercapai cita-cita tu nak perlekehkan orang pulak.
Okay..Stop pasal marah-marah..Aku penat nak mengamuk..
Aku punya novel dah nak dekat siap! Boleh hantar kat mana-mana publisher nanti! Yay! Haha..Poyo jek

Saturday, August 15, 2009

I'm back

Dah berapa hari entah kat rumah aku ni tak ada internet connection..Agak mati kutu la jugak dibuatnya..Sebab aku nak mencari benda, nak rujuk something.. Sekali tak ada internet, terduduk aku dibuatntya.. Tergaru kepala aku bila asyik error code 619 je yang keluar..Warrgghh!!! Masa tu, aku memang terus hentak USB Vodafone tu.. Nasib je tak terbelah dua..
Aku ada jejak beberapa e-novel kat blog budak-budak.. Sapesape yang singgah kat blog aku ni..Buka la ye.. Majukan industri penulisan Malaysia..Chewah! Aku pulak yang lebih-lebih.

1.
http://bulan-hijau.blogspot.com/
2.
http://cucuratap.blogspot.com/
3.
http://zeekay.blogdrive.com/
4.
http://hlovaterror.blogdrive.com/
5.
http://rnysa.blogdrive.com/

Kalau tak nak e-novel kat atas tu, korang jejak la
http://koleksicikulatbuku.blogspot.com/ ... Kat situ berderet-deret e-novel budak-budak. Pilih je..Terbukak luas diorang punya cerita.

Wednesday, August 12, 2009

cerita aku


Okay...Sekarang orang ni bercerita pulak..Aku copy gambar ni bila aku dah sign up jadi ahli http://iluvislam.com/ ... Username ape? Biarlah rahsia..Kehkehkeh...Berbalik pada gambar ni... Aku pun sedang berusaha ke arah ni... Cuba sikit-sikit... Permulaannya, aku sign up jadi ahli kat mana-mana website yang berkaitan dengan Islam..Cuba search sikit-sikit pasal Harun Yahya.. Download nasyid-nasyid kat 4shared..Tapi headbanging song still tak boleh lepas...Ngee~
Aku pernah terfikir aku nak jadi semua orang... Ada orang pernah tanya aku masa aku tengah melukis...

Dia: Besar nanti kau nak jadi apa ea?

Aku: Doktor

Dia: Tapi kenapa ea kau pandai melukis?

*Aku ni bukannya jenis yang pandai nak lukis..Kalau otak tengah serabut, baru jadi lukisan tu..Pasal tu, SENI selalu dapat weng je..Sebab otak aku selalu tak serabut..
Kalau boleh, semua benda aku nak jadi. Aku nak pandai main basketball, guitar, lari cepat..
Aku pun nak pandai dalam agama jugak.. Nak jadi macam apa yang orang ada..Aku jealous dengan semua benda tu...Daripada aku sihir orang tu macam orang lain buat kalau dengki, lebih baik aku berusaha jadi macam diorang...Bila dah jadi baru terasa kita pun boleh

Benda dah lepas...

Aku bukak youtube hari ni. Then, aku jumpa lagu yang dah lama tak dengar. Lagu Korea ke Jepun aku dah tak hengat. Percaya atau tak, till now aku still remmber music dia macam mana and sometimes aku akan nyanyi bila aku sorang. Listen to that song feels lonely, LOL.
Benda tu ingatkan aku masa aku kecik dulu. Jauh dari masalah. Kalau orang marah pun, buat muka cipan. Ambik semua tu jadi angin je. Masuk telinga kanan, keluar ikut mana-mana je la. Kentut pun boleh. But now, bila orang marah... Kita kena fikir apa yang dia cakap. Betul ke tak cakap dia tu? Then kena buat perbandingan (macam eksperimen pulak aku rasa)..
Aku kalau boleh pun nak ulang balik apa yang aku rasa masa kecik dulu..Tapi nak buat macam mana, benda dah lepas.. Benda yang baru ni la kita kena banyak betulkan.. Bukan takat tau nak nasihatkan orang and at the same time diri sendiri pun tak betul lagi. Tapi kena tengok diri sendiri gak.
Aku pernah ingat lagi masa kecik umur berapa entah, aku pernah buat benda yang paling bodoh kat dalam dunia.. Benda yang sampai bila-bila pun aku tak nak ingat..Sampai mati pun..
Dulu masa kecik, ada la member sekerat dua.. Azman, Azri, Azam(nih adik beradik), Wawan, Sya-Sya(ni pun adik beradik gak), Imran, Alia(ni mak sama, bapak pun sama daa..),Hazim, A'am..Ramai jugak ea..Tapi dalam ramai-ramai tuh sorang je budak perempuan yang jadi member aku betul-betul..Walaupun dia muda satu tahun daripada aku.. Dia tak bajet cun macam minah-minah lain..Dia simple..Tapi sekarang aku tak tau la dia macam mana..Time change people,you know..
Aku dah pilih beberapa tempat medical school kat dunia nih

1- University of Aberdeen, Scotland
2- National Taiwan University, Taiwan
3- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia


Aku rasa buat kat Malaysia macam senang sebab nanti housemanship dia still sama je. Kalau ambik kat luar, nanti balik Malaysia kena ulang. But bila balik baca
http://humaici.blogspot.com/ terasa nak kutip ilmu kat negara orang pulak. Nak kutip pengalaman.
Sebab aku jenis yang bukan keluar rumah, tak pandai nak tawar-menawar dengan orang bila shopping, tak pandai nak cakap, tak pandai nak cakap pasal apaper yang jadi kat dunia luar..Sampai bas nombor berapa nak pergi KL pun aku tak reti..Sebab tu aku nak cuba kutip kat negara orang..Orang lain-lain..Aku tengok orang kat Malaysia ni pun pandang orang macam nak telan..Tak tahu la kat luar nanti.

mari kita dengar apa yang aku nak cerita

Aku ada baca satu blog nih..Every post dia aku baca perlahan-lahan..Cuba hayati..Nak tahu kenapa aku baca slow-slow..Sebab dia cerita pasal hidup dia kat negara orang sebagai pelajar perubatan.. Part yang pelajar perubatan tu la aku nak sangat tahu..Sebab aku nak jadi doktor besar nanti..
Dulu aku pernah cakap dengan sorang member, tak naklah jadi doktor..Gelilah nak tengok darah.. Then aku pulak syok tengok benda-benda nak potong nih, nak rawat nih..
Gila kan dulu..Aku pun pikir macam tuh..Aku dah tanam dalam diri aku..Aku nak jadi doktor besar nanti..Bukan nak poyo dengan sapesape..Tapi tu benda yang aku minat..Minat sangat..And aku nak benda yang aku minat tu nanti jadi asam garam kat dalam hidup aku..
Next story~
Aku terbaca post pasal ada sorang ni. Dia cakap dia kena berhenti for doing something coz dia macam dah tak boleh nak kawal diri dia dah..I know it's quite impossible to change in short time but trust me, satu hari nanti benda yang kita cuba change tu akan terus berubah
Macam dulu, masa form two dulu..Aku jarang solat..Astaghfirullah..Sebab aku malas..Then aku kena hantar pergi kem.. Start keluar kem, terus tak tinggal solat..Straight tu lepas keluar dari kem..Sebab aku cuba setkan otak..Jangan tinggal solat lagi dah..And it really works on me..
Bro,
Saya bagi satu je sebab tak boleh nak kawal your behave.. Your mind terlalu control satu badan..Perasaan..Hati..Saya mintak satu je.. Change slowly.. Jangan sentap..Slow-slow
Other story~
Masa aku tengah hidup ni..Parents aku selalu marah-marah aku, sindir-sindir aku..Then semakin aku grown up, aku faham kenapa parents aku buat macam tu..Diorang buat sayang bukan sebab benci..Dulu, mati-mati aku ingat diorang benci aku..My bad;p
Aku nak out dulu..Bye2..Salam

Friday, July 31, 2009

merentas desa and hari kantin

Hari ni ada merentas desa.. uish, nak tercabut kepala lutut aku ni..lagi jauh daripada tahun lepas.. tapi yang buat aku pelik, aku lagi cepat sampai daripada kawan-kawan aku yang kering-kering tu. Even ada sorang kawan aku yang badan besar lagi daripada aku pun, lagi cepat sampai daripada aku. Malu je waktu dah sampai sekolah tadi. Haha.
Lusa ada hari keusahawanan kat sekolah, bayangkan... Hari ni merentas desa, lusa dah nak kena mula meniaga. Letih lagi. Confirm ar aku yang jaga gerai dua syif dah terbaring kat belakang gerai. Ngee~~
Waarrgghh~~ Hari ni Aiman balik. It's gonna be a bad day sebab Aiman tu cerewet. Kena pastikan rumah ni teramatlah kemas dan bersih. Kejap lagi, gerenti aku dah macam bibik. Dah la penat merentas desa, kejap lagi penat mengemas.

Thursday, July 30, 2009

tadi aku baca...

Tadi aku baca blog orang and aku bukak entri dia yang lepas-lepas. He's right... Kita kena nilai diri sendiri baru nilai orang lain. Dulu aku susah nak terima ayat macam tu sebab... entahlah. Aku sendiri tak tahu. Dulu aku ada abang angkat, mungkin salah aku sebab aku memang tak boleh nak terima teguran. Sikit pun tak boleh. Aku tak tahu kenapa dulu aku punya hormon macam tak betul. Dulu aku suka lawan cakap parents aku, kelentong orang tak tentu pasal, berlagak tak tentu hala, menggedik lebih teruk daripada pondan. Even dah berbuih mulut kawan aku tegur aku tapi aku tetap tak dengar.
And dia memang betul pasal aku ni selfish gila nak mampus. Aku tak fikir keadaan dia. Aku main redah sesuka hati nak memekak kat dia pasal problem aku padahal masa tu problem dia dah setinggi Gunung Everest.
Aku tulis semua benda macam ni bukan nak rapatkan balik hubungan kitorang ataupun merayu nak dia jadi abang angkat balik. Aku tetap ingat hukum antara orang lelaki dengan perempuan. Aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa.

Thanx, bro.
You're really right.
I'm SELFISH...
To you, to my friend and my parents. Even to my siblings too.

Monday, June 1, 2009

Yeah!!!

At last..Cuti sekolah..Yes! Orang cakap cuti sekolah boring la dok rumah.Siapa cakap?Aku rasa paling best cuti sekolah la kut.Sebab tak payah fikir sekolah,cikgu-cikgu yang tak habis membebel (oppss,maaf kalau terasa ),dan kertas periksa yang entah elok ke tak resultnya..Aih (*.*).Aku rasa post aku yang lepas tu agak bangang sikit.Aku tengah serabut gila nak mampus masa tu.Rasa macam nak terkeluar otak aku dari kepala ni.

BTW,minggu lepas doktor Khalid kat Klinik Famili tu cakap aku kena gastrik.Tapi entah kenapa bila kena gastrik tu,perut aku kembung masuk angin.Seminggu pulak tu.Tak tahan aku bila nak tidur sakit kat perut.Rasa panas.Waaaarrrgggghhhh!!!Rasa nak guling-guling je masa tu.Tambah lagi masa tu sakit belakang pulak.Aduh,sakitnya.Allah je yang tahu macam mana rasa.Gastrik pulak bila aku jalan laju-laju ke,lari ke,melompat ke terus sakit.Dah tu,aku macam orang gila kat rumah ni.Duduk je.Aku makan segala ubat.Ubat sakit perut,gastrik,painkiller.Sampaikan ubat kapur pun aku makan.Plus,mak aku paksa makan grapefruit.Bukan buah anggur.Tapi ala-ala buah delima tapi colournya macam buah peach.Rasanya..Masya-Allah..Teramatlah pahit.Lidah aku sampai dah terketar-ketar nak makan.Haha.Bukannya tangan tapi lidah.Tak tahan aku bila jadi orang sakit ni.Tapi kan ada satu ayat adik aku yang entah sampai sekarang aku teringat masa aku sembur dia

Monday, May 18, 2009

Blog ni....

Aku tahu aku dah lama tak bukak blog ni.Hampir 2 bulan.Tak boleh nak cakap apa.Orang lain rajin la bukak walaupun busy.Aku ni bila dah busy malas nak ingat benda lain dah.Exam straight memanjang.Kat sekolah dah macam zombi berjalan.Tengok telur mata kerbau pun macam tengok animal cell.Parah gila.
Salah ke kalau kita suka kat orang yang kita kenal tapi dia tak kenal kita?Tambah-tambah lagi bukan Islam.He's Christian and Chinese.Anak orang kaya.Bapak dia ada business.Entahlah..Aku tak tahu la salah ke tak.Setiap hari lepas solat,aku doakan dia dapat hidayah.Aku tahu orang akan cakap aku ni desperate nak berkawan dengan dia sampai nak doakan dia masuk Islam.Tapi it's the best thing that I can do something for him even dia tak kenal aku.
Best kan kalau kita suka kat orang tu senyap-senyap daripada kecoh kat orang lain pasal siapa yang kita suka?Rasa aman damai.Tak ada orang tahu.Walaupun aku tahu member aku tu jenis yang faham.Tapi lebih baiklah aku simpan sorang-sorang.

Monday, March 30, 2009

Drama BI

Semalam ada latihan drama BI.Last minute buat.Budak-budak ramai tak nak bagi kerjasama.Tu la yang aku rasa macam nak pelangkung dengan periuk semalam.Agaknya sebab tajuk dia Snow White and 7 Dwarfs.Teacher nak buat genre komedi.
Malas aku nak ingat.Lusa pengetua nak tengok.Nasiblah budak-budak tu nak berlakon macam mana.Aku lepak je.Aku jaga lagu.Nak meniarap ke,merangkak,ke.Terpulang.Aku ada tolong gak.Tolong tengok.
Semalam ada la budak-budak ni nak guna laptop.Mentang-mentang aku bawak celcom broadband.Budak-budak nak ketuk guna internet.Kureng betul.
Benda yang aku ingat sampai hari ni.Semalam Mirza duduk atas meja mengadap pentas tengah pegang laptop,aku pulak duduk atas pentas sebelah dia mengadap pokok.Entah la,cara kitorang duduk tu macam aku tengah duduk dengan ayah aku.Bapak aku selalu duduk atas sofa pegang laptop,aku pulak dok bawah.Sama kan?Bezanya,Mirza layan aku cot-cet-cot-cet.Aku tanya dia,dia jawab.Kira mamat tu macam penyabar habisan.Bapak aku lain,aku tanya.Bapak aku senyap.Suruh aku pikir sendiri.Mirza pulak jawab je.Macam best je kalau borak dengan dia.
Dulu,mati-mati aku ingat dia tu gay.Yela,pakai subang sebelah telinga.Mana la aku tak ingat camtu.Tambah lagi dia rapat dengan Syafiq.Lagi la otak aku tambah cerita.Betulla tu.Alih-alih,bila aku rapat dengan dia.Agak-agak apa orang cakap?Couple?Nauzubillah min zalik.Minta dijauhkan.

Saturday, March 28, 2009

60 Earth Hour

Tadi tutup lampu satu rumah.Kononnya sokong sangat la 60 Earth Hour tu.Apaper pun,kitorang dah buat.Gelap gila kawasan rumah aku.Tapi slack ada lampu jalan dowh.Tak cantik.Aku nak ambik video pun tak jadi.
Aku rasa bila tutup lampu lepas tu lepak kat luar ramai-ramai,rasa macam ikatan famili tu lagi kuat.Sempat la jugak aku sambar gitar.Kut bosan.Yang paling lawak,aku pasang mp4 and pasang lagu Bunkface-Situasi.Lepas tu,aku dengan adik aku yang 4 tahun tu melalak macam orang gila.Nasib rumah depan tak ada orang.Yang sampai buat aku tak tahan gelak,dia sambut lagu yang pitching kena tinggi.Sekali dengan tangan dia angkat-angkat sekali.Oh,my..Lawak gila masa tu.Memang la,ikatan famili lagi kuat kalau kita tak bergantung dengan benda lain.Slack Aiman tak ada,dok asrama.Aku pun tak tahu sama ada sekolah dia off kan lampu ke tak.Kalau off,sure ramai pergi fly dengan kejar nyamuk(kejar nyamuk dengan asap rokok.Eheh)

Friday, March 20, 2009

Best

Tadi aku bukak youtube.Dengar lagu Yusuf Islam.I Look,I Look,I See.Best gila.Aku nak masukkan dalam blog ni,taleyh plak.Best....Haha.Adik aku yang kecik tu menyanyi jugak.Kepala goyang-goyang sekali.Comel.Cuti ni tak buat apaper.Dok rumah,bina badan.Eheh

Wednesday, March 18, 2009

Cuti

Cuti boring gila.Macam ntapaper.Dok rumah,buka internet je kerja aku.Makan tu ada lagi la.Lepas tu,tadi ada latihan drama.Eh,eh.Siot gila bila batalkan last minute.Aku dah semangat nak menyibuk.Last-last,batal.Macam siot je kepala otak orang yang batalkan tu.

Thursday, March 12, 2009

Semalam

Lawan drama dah habis.Kelas aku dapat nombor 1 siot.

Tuesday, March 10, 2009

Macam Mana Aku Rasa Bila Korang Buat Aku Macam Ni?

Kenapa balik-balik orang suka kaitkan aku dengan kerja bapak aku?Aku dah penat nak dengar.Aku dah muak.Diorang ingat kalau bapak aku gaji besar,bapak aku nak sponsor macam-macam la?Wrong words of choice.
Aku tak suka diorang sebut "bapak kau cop duit".Cop duit?Aku penat.Stop la.Tadi ustazah cakap kat aku "betul,towkey bank?''.Ingat aku suka bila aku buat gelak terpaksa tu?Tak.Aku tak pernah suka.Sikit pun tak.
Aku tak boleh marah orang.Tapi orang boleh marah aku.Bila orang kutuk aku sampai kawan dia cakap macam-macam pasal aku,aku tak boleh marah dia ke?Aku kena senyum ke sampai orang cakap aku ni pentingkan sejantina sahaja?Aku tak pernah macam tu.Aku cakap benda yang aku nampak DEPAN mata.And bila aku marah dia.Dia cakap dia terasa.Say what?Sepatutnya siapa?
Lagi satu,aku tak boleh kutuk orang lelaki tapi dia boleh kutuk orang perempuan?Masa dia marah-marah pasal kena hentam dengan budak perempuan kat aku,aku sedih sangat.Masa tu adik aku tengah sakit.Aku pulak on the way balik rumah dari hospital lepas jenguk dia.Entah kenapa hari tu aku betul-betul jadi penyabar.Aku biarkan dia marah budak tu,marah aku.Dia cakap sorry senang sangat.Aku sampai sekarang tak boleh terima tapi aku buat-buat terima.
Orang yang buat aku tak mintak maaf betul-betul dengan aku.Cuma dok menulis kat blog "aku bersalah''.Itu je?

Drama Sekolah

Hari ni drama kat sekolah.Form 4 je yang masuk.Form lain tak masuk.Sesi petang aku tatau.Aku tak masuk berlakon la.Aku buat kerja belakang tabir je.Masa nak sebut belakang tabir,nak je lidah aku ni sebut belakang takbir.Wakaka.Kelas aku buat drama Bayan Yang Tidak Mendengar Kata Ibu Bapanya.Berterabur sikit la jugak.Apaper pun,masuk saringan lol.Eheh.
Kelas 4 Cekal buat drama Serunai Malam.Adu...Nak tergolek aku masa tengok drama tu.Banyak gila jiwang."Aku cintai kamu" la,"I" "you" la.Sikit punya baik port betul-betul depan pentas,terus aku pergi belakang sekali.Tak sanggup aku dengar perkataan yang boleh buat aku jadi ayam golek.Kelas 4 Dinamik best bila part bomoh ni.Bomoh gila punya lawak.Penunggu dari planet Marikh siot.Haha.Aku hampir nak gelak guling on the spot je kat situ.
Lepas habis drama,aku nak lipat kain yang budak-budak guna untuk part nak tangkap bayan.Yang aku tak tahan.Luqman one big hella full of taik otak.Taik otak means open minded dengan pergaulan bebas.Rasa benda tu betul tak?Aku rasa TAK.Ada ke waktu nak dah nak dekat habis lipat and nak lipat bahagian hujung,aku nak elakkan tersentuh kulit dia cakap open minded la sikit.Nak je aku bungkus dia jadi jenazah pakai kain tu.

Saturday, February 28, 2009

Aishh...

Buat apa aku baca blog dia lagi?Bangang la.Buat rentung satu badan je.Tapi aku nak sedarkan sesape la yang baca blog ni.Aku ambik apa yang dia merepek kat dalam blog dia.
Then bila aku call 2...kau kata kau terpaksa berkasar sebab mak kau ada?...jangan jadi bodoh...apa guna belajar pandai2 tapi tak guna otak...tak boleh ke kau kata elok2 pada mak kau...bg excuses...kalau bodoh sangat...aku bagi contoh...tak boleh ke kata macam ni..."Mak...kejap ye...ada kawan call"...takkan la orang tu tak boleh faham bila kau kata macam tu...dia dah besar...mesti boleh faham...kalau lepas tu mak kau tanya siapa yang call dan sebagainya...pandai2 la jawab...ada ke mak kita nak marah kalau kawan kita call?...bukan salah kita bila orang nak call tak kena masa...dan kalau ssh sangat...tak salah kalau kau nak deny bila orang call tak kena masa...then pandai2 la inform dia...bagitahu kenapa kau tak boleh jawab call...msg dan sebagainya...ada otak...fikir la...kau boleh kata...kau ada bagitahu aku sebab kenapa kau tak boleh balas msg aku...xjawab call aku...tapi bila yang kau beritahu 2?...bila?...kau tau?...kau hanya buat macam tu bila next time aku contact kau...kalau seminggu lepas tu aku contact ko...lepas seminggu tu la baru kau nak bagitau aku kenapa kau xboleh jawab call aku masa tu...kalau sebulan lepas tu baru aku contact ko...tandanya sebulan lepas tu la baru kau inform kat aku pasal tu...itu pun kalau tak melibatkan credit fon ko...macam guna ym dan sebagainya...nak kata takda kredit...takkan sampai sebulan xda kredit...xkan sentiasa takda kredit...jangan nak tipu la...kalau x mcm mana no ko boleh aktif.....
Mula-mula pasal excuses yang aku kena bagi kat mak aku bila dia telefon.Mak aku memang betul-betul tak suka kalau ada orang lelaki telefon aku.Memang tak suka sangat.Dia cakap kalau mak aku tanya siapa yang call,aku kena pandai-pandai la jawab?What the heck wih this guy?Dia yang call aku and then suruh aku create sendiri jawapan dia.Memang tak boleh nak sangkal la dia tu tahap fikir hal sendiri je.Dia sesenang call aku and aku yang jadi mangsa bila kena marah sebab lelaki call aku.
And then kalau kepala dah tahap bagal sangat sampai aku cakap aku tak ada kredit tak faham2,buat2 la faham.Aku tak contact dia sebab aku tak tahu pakai nombor mana.Kalau aku hntar kat Celcom tu,alamat macam air la kredit tu.Duit mak bapak aku.Dia ada hak nak suruh aku contact dia?Kalau dia nak cakap sebulan tak ada kredit tapi nombor aktif lagi.Memang la aktif sebab sebulan je tak top up.Nombor takkan aktif bila 3 bulan tk top up.
Antara aku dengan dia,rasa-rasa siapa yang tak ada otak?Aku belajar pandai-pandai,belajar syllabus yang masuk SPM je.

Really2 myself

Aku tahu aku tak ada hak nak cakap orang lain tu camtu,camni.Tapi kalau orang bagi option antara sabar dengan sembur je,maybe mula2 dulu aku pilih sabar.Sekarang aku rasa tak kot.Aku pilih sembur.Macam jadi kat ada orang tu.Sampai kawan-kawan dia cakap aku ni bodoh.Melampau.Melampau tu cuba darabkan dengan 10 kuasa 13.Ada rasa-rasa gen nak melempang kan?
Kalau dulu dia cakap aku camtu aku camni,aku sengih sorang-sorang je.Biar je la walaupun ada yang tersilap fakta.Perangai aku tak seteruk yang dia sangka.Aku pun ada rasa bersalah kalau dah buat benda salah.Aku pun rasa tak sedap hati jugak.Aku pun marah dengan aku bila buat camtu.Tapi kalau fikir-fikir balik,orang yang buat aku tu yang sepatutnya bersalah.Kan?
Right now la kan,benda paling bagus jangan fikir lagi dah pasal benda lepas.Biar je pergi macam orang makan kek.Sekejap je hilang.Aku dah malas nak fikir.Otak aku sesak bila fikir benda-benda camtu.Banyak benda yang aku boleh fikir.Pasal katak yang nak kena bedah minggu depan,kerja sekolah yang bertimbun-timbun macam Gunung Everest,minggu Bahasa Malaysia sampai aku kena tarik masuk jual beli pantun,English week aku kena design costume untuk bebudak drama.Senget gila cerita Snow White tu.Snow White tu tak white pun.Black adalah.,minggu Pendidikan Islam aku terbengong hari tu sign up untuk translatekan syarahan BM ke English.Memang tak cukup tangan.Nasib ada kawan-kawan yang bagi support and tolong.One big thanx untuk diorang.Banyak benda kan yang aku boleh fikir selain masalah aku dengan orang lain?
Hari ni aku nampak ada sorang mamat pakai baju Melayu.Aku boleh cakap la dia lagi handsome pakai baju Melayu daripada baju sekolah ala-ala backstreet guy.Lagi smart kalau ada songkok atas kepala.

FAQ

Kenapa kau garang sangat?-Aku tak nak orang ingat aku ni cheap and desperately friendly
Kenapa kau anti lelaki?-Eheh.Jawapan tu biar aku sorang je yang tau.Kalau ramai sangat orang tahu,boleh buat sakit hati je
Kenapa kau ni malas sangat?-Entahla.Memang aku tak ada selera nak mengadap benda yang aku tak suka.Tidur best kan?
Kenapa kau suka lagu English je?-Aku dengar semua lagu Melayu lagu jiwang je.Lagu Melayu langsung tak macam kat luar sana.At least,lagu Barat ada pasal life yang langsung tak sentuh love.
Kenapa kau suka sangat baca novel?-Aku tengah on the way nak jadi novel's writer.Sebab tu aku nak tengok macam mana cara diorang menulis.Yang paling aku suka sampai tak ingat dunia,karya Hlovate.
Kenapa kau suka salahkan lelaki?-Sebab aku tengok benda betul depan mata.Kalau tak,aku takkan cakap sesuka dan sesenang hati macam siang ikan.
Kenapa kau suka jerit?-Aku jerit bertempat jugak kan?Haha.
Kenapa kau sound abang angkat kau sampai macam tu sekali?-Eheh.Silap.Bukan abang aku dah ye.Kalau kau jadi aku and kau bukak blog dia,memang kau akan rasa nak cekik dia sebelah tangan je.
Kenapa kau suka cakap pasal agama sampai kawan-kawan kau naik menyampah dengan kau?-Itu je option yang aku nampak nak bagi diorang betul-betul terima Islam sedalam-dalamnya.No other reason.Just wanna tell 'em that Islam is sooooo cool.(^_^).Aku akui kawan-kawan aku majoritinya social life macam so sial.Asal solat 1 kali sehari dah kira cukup.Ada ke hukum dalam Al-Quran camtu?
Kenapa kau rapat dengan Aiman dibandingkan dengan adik-adik kau yang lain?-Aku hidup dengan dia sorang je sampai umur 5 tahun je.Boleh kata masa kecik,cakap pasal benda budak-budak.Dah besar ni,sama-sama cerita benda yang ikut logik.
Kenapa kau ni nak buat FAQ ni sampai berjela-jela?-Sukati aku.Lagipun aku nak bagi sesape yang baca ni stop make me annoying dengan diorang.Eheh.
Siapa kawan kau ye?-Kalau nak dikira,kawan yang boleh masuk ikut kepala aku.Diyanah dengan Qayyum je.Sebab dengan Diyanah aku boleh share cerita pasal agama.Dengan Qayyum sebab kadang-kadang perangai dia macam Aiman.Yang lain aku kira kawan la jugak.
Kalau ada pilihan,kau suka lelaki camne?-Soalan ni pun masuk syllabus ke?Senang je.Aku suka lelaki yang boleh buat kawan.Macam Aiman dengan ayah aku.

Friday, February 27, 2009

Aaa...

Orang cakap aku tak matang-Sukati la.Aku tak kacau orang pe.Yang nak kecoh sangat aphal?
Orang cakap aku ni over-Ek eleh.Susah ke kalau aku over pun?
Orang cakap aku ni gedik dengan lelaki-Yang aku tengok korang bertepuk tampar dengan budak laki tu bukan gedik?At least,aku bagi sedas lempang je.
Orang cakap aku ni propa-So what?Korang yang start kecoh pasal kerja bapak aku.Aku apa kisah.
Orang cakap aku ni anti lelaki-
Ye.Aku memang anti dengan spesies ni sebab buat kepala otak aku serabut je kalau ingat pasal diorang.
Orang cakap aku ni lesbian-Ni lagi satu kepala otak yang tahap memang tak ada akal.Masuk sangat ke kalau orang anti lelaki ni lesbian?
Orang cakap aku ni macam lelaki-Siapa suruh cari pasal dengan aku?
Orang cakap aku ni suka salahkan lelaki-
Siapa yang makan cili,dia takkan rasa strawberi punye.
Orang cakap aku ni jiwang-Eheh.Aku tak nak layan la benda-benda camtu.Buat tekak aku nak keluar diarea je.
Orang cakap aku ni malas-Aku memang malas tahap mamun pun.Kalau mood aku tak baik je,aku jadi rajin.
Orang cakap aku ni tomboy-Tomboy tak pakai kain batik kat rumah la.
Orang cakap aku ni pandai sebab home tuition-Korang bodoh sangat ke?Ikut logik semua orang pandai.Tengok usaha je la.
Orang cakap aku ni bangang,bodoh,babi,mangkuk-Abang Alang pernah cakap kalau orang tu cakap kat kita camtu,dia la segala bangang,bodoh,babi,mangkuk tu.
Orang cakap aku ni ntahpape-Kalau orang yang kenal
aku betul-betul,baru tahu aku ni camne.Tak macam sesetengah orang lain yang suka menilai aku ikut sesedap mango je.
Orang cakap aku ni kuat marah-Aku ada sebab buat camtu.

Saturday, February 21, 2009

Dia siapa?

Sheesh!Memang boleh.Dia memang boleh cakap apa yang dia rasa dan nak cakap.Tapi tolonglah.Jangan buat aku sakit hati je.Aku paksa dia cakap pasal Qis tu sebab aku ambik berat.Tapi betul la kan?Dia tak pernah ambik tau ada orang lain ambik berat pasal dia.Yang dia tau,dunia sendiri je.Aku bukan adik dia dah kan?Fine.Aku tak bantah.
Kalau aku cakap aku memang dah lama tak top up dia tak percaya.Ni ha,kredit pon kering since 2hb.Memang la.Aku tak faham dengan sorang ni.
Excuses?Antara mak aku dengan dia.Siapa yang aku dah kenal lama?Mak aku atau dia?Lepas tu kalau masa tu aku betul-betul dah tak ada kredit.Tak ada la.Macam mana aku nak hantar mesej ape kebende?Aku ingat lagi dia hantar kenapa cakap kasar dengan dia?Hailoh.Hailoh.Macam mana aku nak reply kalau tak ada kredit?Sampai sekarang aku tak top-up phone tu.
Dia cakap aku contact dia sebab bosan.Halo Inche Epol,kalau aku ambik berat masa dia tengah marah pasal Qis tu and free2 kena sembur tu.Aku rasa tu bukan sebab bosan.Haiya.Aku tak tahula nape.
Aku baru sound camtu dah sentap sangat.Aku ni sampai member dia cakap aku ni semakkan Malaysia pulak tu.Siapa tak sakit hati?Kalau dia boleh sound orang sesedap oren,kenapa aku tak boleh?Kira aku buat camni,fair and square la.
Sheesh,tak apalah.Aku doakan dia graduate cemerlang.And happy dengan apa yang dia buat selama ni.

Wednesday, February 18, 2009

khas untuk ABANG aku

aku dah tak tahan dengan sume yang dia buat.dia ingat dia siapa.dia pernah cakap aku ni selfish sebab letak gambar tu.tapi kalau ikut aku.dia tu yang selfish.Allah tak suka dengan orang yang cakap tak serupa bikin.Allah celakakan orang yang buat camtu.
dia cakap orang ni macam tu,macam ni.tapi pernah ke pikir apa orang tu rasa.Mana ade pikir.Main aci redah je nak cakap je.Aku pulak tak boleh cakap laki tu camtu,laki tu camni.
Kalau rasa ada otak n boleh fikir lagi,rasanya dia tau la kot.Aku dah tak tahan dah.Aku boleh cakap go straight to the hell la.Kan aku dah start marah tahap gaban.Jangan nak cabar benda yang aku dah buat pekasam dalam kepala aku ni.Nak cakap aku budak bermasalah sebab tulis camtu?Up 2 u.aku malas nak fikir.Nak cakap aku apa lagi?Tak ada manners.selama ni dah kira cukup manners aku kat sume orang.tapi sume mcm khinzir je.tau nk pijak aku mcm menatang tu menyondol2.Aku mengamuk dah sekarang ni.
Hari tu dia call aku.terpaksa la aku cakap kasar.mak tengah berdiri kat sebelah.takkan nak buat suara macam orang lepas bersalin?Lemah lembut gemalai.Pastu tgh bz tonyoh2 cuci dapur.Kot dia ingat tak bz ke?

Wednesday, February 11, 2009

Patut ke?

Aku takkan buat benda yang tak sepatutnya kalau bukan terpaksa.Ada ke kalau orang lelaki call aku waktu tengah busy lepas tu kat depan ibu aku,aku kena ke layan call tu?Patut ke?Rasanya tak.Aku kena hormat ibu aku.Masa tu tengah syok borak dengan ibu aku tiba-tiba ada orang call.Lelaki pulak tu.Takkan aku nak "Uh,hai.Sihat?".Aku rasa benda tu paling bangang kalau aku buat depan ibu aku.Manusia.Memang takkan fikir pasal orang lain.Asal diri sendiri cukup,orang lain dah tak diendahkan.

Friday, February 6, 2009

[-_-']

Dah lama tak bukak blog ni.Bukan sebab nak stop.Tapi sebab banyak benda kena buat.Masuk form 4 bukan senang.Banyak benda nak kena kejar.Lepak sikit je dah salah.Aku memang dah mati kutu.Sheesh.Minggu ni exam week.Penat tak payah cakap la.Tidur pukul 2,bangun pukul 4:30.Memang penat gile la

Thursday, January 22, 2009

Entah kenapa dengan aku

Haha.I'm back.Dah lama tak membebel kat sini.Asyik membebel dengan kawan je.Sekarang kat sini pulak.
Aku tak tau apa aku nak cerita.Blank.Aku nak cerita apa ye?Sekolah aku?(Boring)Rumah aku?(Macam kapal karam)Adik-adik aku?(Tak nak la)Aku?(Mesti boring).
Aku dapat idea.
Hari sabtu ni aku pergi Melaka.Cuti-cuti Malaysia.Haha.Tak pernah pergi lagi.BTW,pergaduhan aku dengan budak yang aku laknat tu tak habis lagi.Sebab dia tu unforgiveable.Buat aku sakit hati tahap rentung terbakar.

Sunday, January 18, 2009

Hidup aku

Hari tu aku bukak friendster sebab nak tengok page abg sedare aku yang dok kat Indon tu..Saje nak tengok gambar dia kat sana..Lepas tu,aku search la ex student sekolah aku..Kebanyakannya dah masuk universiti..Tiba-tiba,aku rasa sayu sangat..Aku dah 16 tahun..Lagi tinggal 1 tahun lebih je zaman sekolah aku nak habis..Tak lama lagi,semua orang ikut haluan masing-masing..Rasa sedih sangat..1 tahun lebih tu bukannya lama sangat..Aku sendiri dah jadi budak sekolah menengah ni dalam 3 tahun lebih kot..Bila dah habis sekolah menengah..dah tak ada zaman boleh melompat-lompat depan orang ramai,dah tak boleh nak gelak berterabur,aku dah tak boleh gaduh ngan jerit-jerit kat budak lelaki..Kira semuanya kena jaga..

Aku selalu sound Hafiz,Wan,Qayyum,Mujahid..Boleh kata majoriti budak form 4 tahun ni la..Rasa macam tak syok pulak kalau tak marah-marah budak yang aku sebut tu..Hafiz dengan cara annoying dia yang boleh sakitkan hati aku..Wan dengan cara dia yang memang aku rasa boleh rentung satu badan aku..Qayyum dengan cara dia yang suka sangat usik aku..Mujahid pulak aku rasa aku tak ingat apa yang dia buat kat aku..Sebab dah lama..Masa awal tahun lepas camtu la..

Boleh kata aku dengan diorang memang ada sejarah pahit..Asyik gaduh je..Masing-masing tak nak mengalah..Yela,aku sorang je perempuan yang lawan dengan lelaki..Takkan aku nak tunjuk kat diorang yang perempuan ni lemah..Lagipun,perangai aku dari dulu memang dah camni..Badi duduk taska dengan budak-budak laki yang gila2..Haha

Friday, January 16, 2009

Kuala Lumpur

Petang tadi pergi beli buku kat KL..Lepak jap kat sana..Mata aku melilau la kiri kanan..Saja buat camtu..Tapi peliklah..Selalunya aku lepak KL,tak ramai budak-budak street kat situ..Tiba-tiba hari ni ada pulak..Lantak la..Hidup diorang..Janji aku tak kacau.Aku pergi beli buku rujukan..Berat gila nak mampus..Apaperpun buku aku dah dibeli..Ada benda nak rujuk nanti

Thursday, January 15, 2009

Adik-adik aku


Diorang tiga ni orang yang paling aku sayang kat Walaupun tiga2 ni degil nak mampus..Apaper pun diorang tetap adik aku sampai mati..Sape2 yang berani nak luku 3 orang budak ni..over my dead body first..



Wednesday, January 14, 2009

Ngantuk

Uh,malam2 camni memang sejuk..Tapi aku nak jugak menyibuk kat blog ni..Hehe..Mata pun dah start kuyu ni..Kerja belum siap lagi..Aku nak tidur pukul 2 pagi lagilah..

Memang tension kepala otak dengan syllabus baru ni..Baru masuk form 4 dah kena mula belajar format SPM..Gempak sape2 yang boleh tahan..Aku sendiri x thn..=D..

Tadi adik aku call rumah..MIntak buku,kamus n pen..Baru nak mintak sekarang..Minggu lepas x nak mintak pulak..Macam2 budak tu..

Whai I feel right now

Aku tak pernah kacau sesape kat dunia ni..Diorang yang kacau aku..Mamat laknat yang tak betul bila jumpa aku tu cuma nak balas dendam dengan ape yang mak aku buat..Kenapa pulak aku tak patut marah?Dia cerita dengan semua orang yang dia nak ludah atas kepala mak aku..CERITA KAT SEMUA ORANG PASAL TU..Habis tu,tak kan nak senyap?Bila aku cuba nak baik2 ngan dia(Yela,jiran aku)..Dia yang cuba carik pasal dengan aku..Bila aku senyap,aku tak tegur dia,tak sindir dia..Dia yang sindir aku..Family aku pun terlibat gak dalam sindiran dia tu..Aku nak buat apa lagi selain daripada balas balik apa yang dia buat tu?Kalau 10 kali buat tak apa la,aku boleh takat sindir2 dia..Tapi aku dah tak boleh kira berapa kali dah dia buat macam ni kat aku..Ni bukan selfish,tapi jaga hak masing2..

Tuesday, January 13, 2009

blogger

This is life..Aku bagi nama blog ni this is life sebab semua benda yang kita buat ada berkaitan dengan hidup kita sendiri..(Aku dah ada gaya A.Samad Said pulak)..Masalah aku,cara aku,perbuatan aku semuanye termasuk dalam definisi life tu..(Walaupun kadang2 aku cakap aku ni tak ada life..Sewel kan?

Sekolah

Memang penat gile la hari ni..Rasa tulang blkg ni mcm nk bengkok dah..Semalam aku tidur pukul 2 pagi siapkan kerja BM(aku tak tau nk taip Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia) dengan Add Math..Petala betul..Bengong aku kena badi Add Math..Susah gile nak mampus..Tapi bila nak dekat-dekat siap Add Math,barulah terasa Add Math tu macam piece of cake je..Bukannye susah sgt pun..Aku je yang pikir bukan-bukan..X nak pikir yang bukan2 dah..Nehi never..


Kali ni aku cerita pasal laki bukan cintan-cintun ye..Tapi pasal sorang budak laki tak betul kat kelas B..Ada ke patut halau aku keluar dari kelas dia?dia lenggang kangkung masuk kelas aku x ape pulak?Aku bengang gile dengan mamat tu..Rasa macam nak cekik dia je..


Susah aku nak lepaskan laptop ni sekarang..My Acer maaa...Mana boleh lepaskan..Too hard 4 me to say no..My notebook,my love..Ah,dah bengong

Monday, January 12, 2009

Aku gile dengan notebook

Hari ni aku dapat laptop kesayangan aku..I love you,My Acer..Sure overdose ni..Haha..Memang Pak cik Mahathir rock la..Semua benda yang sebelum ni x de dalam aku punye laptop,at last ade org download kn..hahahoho(evil laugh)..

BTW,this time aku janji aku malas nak sebut pasal lelaki..Kalau aku sebut lagi,korang yang rajin2 ni balinglah kuali terbang ke rumah aku..Biar kena kepala aku ni..hehe


Aku ni form4 lepak habis-habisan..Macam honeymoon pulak..Like now la,member2 lain buat kerja add math..aku buat bodoh depan PC ni..Memang kepala aku ni bengong betul..Tak boleh bezakan antara siapkan kerja dengan lepak..Haha