Assalamualaikum..
Macam mana nak cakap ye..
Aku kat Kedah lagi..
Hari Isnin baru balik KL..
Tadi pergi Kodiang..
Aku tak tahulah pulak kat Kedah ni ada nama tempat Kodiang..
Kalau Kuala Kedah, Alor Setar, Jitra..
Aku kenal lah..
Aku nak cerita benda yang jadi kat Kodiang..
Aku jumpa balik jiran masa aku duduk kat rumah lama..
Rasa macam speechless..
Macam dah nak terduduk..
Kitorang disambut dengan baik..
Diorang serve macam-macam..
Paling aku suka telur ayam kampung yang goreng aje..
Masa solat Maghrib..
Aku solat kat bilik Mak Cik Rasnah..
Aku solat kat sebelah Kak Wani..
Masa aku nak habis solat..
Aku dapat sense suara dia yang tengah nangis..
Aku tahu dia rindu arwah ayah dia bila nampak kitorang..
Sebab yang urus ayah dia pun ayah aku sekali..
Lagipun, duduk sebelah rumah aje pun..
Ayah dia pun tolong hantar aku ke sekolah masa aku darjah 1..
Tapi, masa aku dalam bilik tu..
Aku pun nangis..
Menitis air mata aku masa baca doa..
Bau bilik tu..macam bau masa arwah Pak Cik Aziz waktu dia ada lagi..
Aku terfikir macam mana diorang survive..
Azfar yang masa kecil dulu selalu kena dukung..
Arif yang umur baru 4 tahun dah tak ada ayah..
Yang dah sekolah menengah dapat gondol semua anugerah akademik..
Itu buat aku kagum..
Saturday, June 12, 2010
Akhirnya..
Posted by Shakira at 11:29 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment